MAJLIS PELANCARAN INTEGRATED AGRIVOLTAIC EDU-TRAIL DAN PRODUK MYSHROOMFEED
- agropv integrated
- Jul 30, 2023
- 1 min read

AgroPV Integrated Sdn. Bhd merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Tuan Chan Foong Hin yang hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran Integrated Agrivoltaic Edu-Trail Dan Produk Myshroomfeed. Turut hadir bersama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman. Konsep yang diketengahkan oleh kami dalam mencipta Integrated Agrivoltaic Edu-Trail adalah sinergi antara tenaga solar dan aktiviti pertanian. Usaha kami juga telah berjaya memperkenalkan dedak cendawan sebagai makanan alternatif haiwan ternakan yang dipanggil sebagai Myshroomfeed.

Diakhir majlis, para vvip dibawa ke sesi lawatan tarikan utama yang ada di Ladang Solar UPM iaitu Mushroom Tunnel, Sheep Sanctuary, Poultry Open Farming: ducks and chickens, MD2 Pineapple plots, Rabbit farming, Lemongrass fencing/Fencing Crops dan juga Hanging crops.
Comments