UPM hasil dedak cendawan ganti jagung
- agropv integrated
- Jul 30, 2023
- 1 min read
Petikan Berita Harian
KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan inovasi baharu membabitkan makanan haiwan ternakan, sebagai pilihan dan mengurangkan tahap kebergantungan kepada sumber sedia ada.
Idea dikenali sebagai MyShroomFeed itu dibangunkan penyelidik institusi pengajian tinggi awam berkenaan mengetengahkan penggunaan dedak cendawan sebagai alternatif bagi menggantikan jagung.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata inovasi berterusan UPM itu dibangunkan menerusi penanaman cendawan tiram menerusi infrastruktur solar Photovoltaic (PV).
Beliau berkata, pengenalan makanan alternatif haiwan ternakan itu sekali gus mampu menyelesaikan keresahan berhubung kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kalangan penternak di negara ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1122394/upm-hasil-dedak-cendawan-ganti-jagung
Comentarios